StoryAmira  :)

Created By Me :) ~AmiraNurAfiqah~

Friday 27 January 2012

muka bengkak~~ :'(




Hari nie mak buat ketam masak lemak cili api. uishh... sedapnye... kecur tak? hahaha XD Aku pun sama gak cam korang. kecur je tengok mak aku masak... rasa cam nak makan je tapi tak boleh. sedih... :(
kejap! wait! chotto matte! apa kena-mengena dgn tajuk nie? macam takda kena-mengena kan? act, aku tak boleh makan ketam. kalau makan ketam, mam aku! nanti muka aku bengkak-2. 
tapi tadi, aku degil sikit. aku selalu nak makan ketam tak pernah-2 dapat sbb aku nie penakut. takut nak cuba makan. nanti jadi apa-2 kat muka, camne? TIDAKKK! tadi tu pun, sbb aku rasa cam nakkk sangat makan, aku mintak kat mak sikit~ je. mak pun bagi lah... yelaaa. takkan mak taknak bagi kan anak dia nak makan. hahaha
lepas makan je, dalam mulut, tangan, pipi, tekak aku dah start gatal-2. arghh mula lah 'kegatalan' tu... haishhh. mak suruh amik ais then tuam kat tempat-2 gatal tu. aku pun ikut je lah... lega... hilang jap gatal-2 tu.
TAPI, hilang SEKEJAP je... time aku tengah nak buat homework, aku rasa merenyam satu badan. Ya Allah..... pastu, aku pegang mulut, aku rasa cam ada bonjol-2. TIDAKKK! mulut aku bengkak! disbbkan aku dah merenyam satu badan, aku pun masuk toilet:-----> MANDI! 
Dan sekarang nie, aku tengah menghadap laptop dengan mulut yang agak bengkak dan badan yang merenyam gatal. sedih aku...

Wednesday 25 January 2012

Vote! Vote! Vote!



Macam title kat atas nie, Amira nak mintak jasa baik korang wahai blogger blogger sekalian, tolong vote Amira untuk category Best Of The Best Blog of The Year. okay, Amira faham. maybe agak perasan tapi Amira tak ada category lain. Amira nak blog Amira jadi The Best Blog Of The Year. 

Hope korang sudi VOTE! 

Korang pergi kat LINK NIE search for http://storyamira.blogspot.com.

Nanti dia suruh masukkan username korang. Korang tekan je SIGN UP dekat bawah tu. Log in and vote balik okehh?  Rajin-rajinkan lah bagitahu kawan-kawan suruh VOTE Amira ye.
Dateline : 28 January 2012. Tolong ye~
Then, bila dah vote Amira, vote untuk kawan baik Amira pulak boleh? Vote for IntanAqilah untuk category Most Funniest Blog. THIS LINK will lead you to Most Funniest Blog. Sama jugak cara-2 dgn yang atas tadi. Dateline : 28 January 2012.


VOTE FOR AMIRA AND INTAN!

Tuesday 24 January 2012

Kisah Nabi Lut


Hari nie, aku nak cerita sikit pasal Kisah Nabi Lut. Sebut je Nabi Lut, semua org tahu abt kaum dia yang mengamalkan hubungan sejenis. Semalam aku ada pinjam buku kat lib precint16. Novel Islamik. dlm novel tu, ada cerita abt Nabi Lut. Jadi hari nie, aku nak cerita kat korang pulak. 

*siapa yang nak baca, dipersilakan. Siapa yang tak nak, sudah! anda boleh tutup je.



  Nabi Lut diutuskan oleh Allah swt kpd kaum sadum. Nabi Lut bukan penduduk asli kaum sadum. Baginda tinggal bersama kaum sadum untuk melakukan tugas-2 berdakwah. Nabi Lut diperintahkan oleh Allah swt bagi menyeru kaum sadum mengucapkan 'LAA ILAHA ILLALLAH'.


  Kaum sadum mengamalkan homoseksual yang sangat parah dan kritikal. Mereka juga merupakan penyamun dan perosak. Kaum ini sangat jahat. Mereka berani melakukan hubungan homoseksual di khalayak ramai.


  Menurut surah Al-Ankabut ayat 28 : Dan ingatlah peristiwa Nabi Lut tatkala berkata kpd kaumnya. Sesungguhnya kamu benar-2 melakukan perkara yang keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu. Apakah pantas kamu mendatangi lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu?)


  Kaum sadum mendakwa bahawa sekiranya mereka melakukan homoseksual maka mereka akan menjadi suci. Mereka memutarbelitkan hukum sehingga yang baik menjadi buruk dan yang buruk menjadi baik. Mereka mengusir Nabi Lut kerana mereka beranggapan jika baginda masih tinggal di situ, selagi itulah mereka tidak boleh menjadi suci.


   Sebelum Allah swt memusnahkan kota Sadum, Allah swt telah mengutuskan malaikat kpd Nabi Ibrahim dan menyampaikan perkhabaran bahawa kaum Nabi Lut akan dimusnahkan. Perkhabaran itu membimbangkan Nabi Ibrahim kerana malaikat akan memusnahkan kaum Sadum sedangkan anak saudaranya iaitu Nabi Lut masih berada disana. 


   Nabi Ibrahim tetap mahu membela bangsa Sadum dan meminta untuk diberi tempoh agar munhkin satu hari nanti mereka akan bertaubat dan kembali ke jalan Allah swt.


   Malaikat menjawab dalam surah Hud ayat 76 : wahai Ibrahim! Janganlah dihirau hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhan-mu (untuk menghukum mereka) dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak (oleh bantahan dan permohonan doa).


   Nabi Lut merasa amat cemas dengan kedatangan malaikat yang menyamar sebagai 3orang jejaka tampan ke kampungnya kerana bimbang tidak terdaya untuk mengawal mereka drpd gangguan kaumnya.


   Apa yang dirisaukan oleh Nabi Lut berlaku juga. Kaum Sadum datang meluru ke rumah Nabi Lut untuk memikat 3orang jejaka tampan itu.


   Nabi Lut menawarkan puteri-2nya untuk dinikahkan dengan kaum Sadumdan menyeru mereka untuk beriman kpd Allah swt. Kaum Sadum menjawab: "Sesungguhnya engkau telah pun tahu bahawa kami tidak mempunyai nafsu terhadap anak-2 perempuan dan engkau sendiri tahu apa yang kami kehendaki."


   Maka Nabi Lut pun berkata:"kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-2, tentulah aku akan membinasakan kamu)".


   Surah Hud ayat 81 dan 82 tetamu Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya kami adalah malaikat utusan Tuhanm-mu. Kaum engkau yang jahat itu tidak akan sekali-kali dapat melakukan kpdmu sebarang bencana. Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama keluargamu pada tengah malam dan janganlah seorang pun diantara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana berpihak kpd mereka.) Sesungguhnya azab akan menimpa mereka pada waktu Subuh. Bukankah waktu Subuh itu sudah dekat? Maka apabila datang perintah Kami, Kami jadikan negeri Lut itu tunggang terbalikdan kami menghujaninya dengan batu-2 dan tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu."


Itulah balasan yang mungkin juga bakal menimpa masyarakat homoseksual. Ambillah iktibar dari kisah Nabi Lut. Renung-renungkan dan selamat beramal.... 

Monday 23 January 2012

salah aku ke? grrr -,-"

Assalamualaikum

Act, aku tak ada idea nak cerita but tangan nie rasa nak menaip pulak. hahaha. Aku pun rasa cam nak cerita abt incident pagi tadi. tadi pagi, family aku pergi precint16, tgk adik aku taekwondo. bila aku dah agak boring, aku pun pergi library.

Akuu survey-2 buku kat situ. Jumpa buku yang agak best so, aku pun buat kad pinjaman. Akak kaunter tu suruh aku isi form butiran peribadi. aku isi je lah.


abt 15minit lepas tu, akak tu bagi kad aku. wahh! macam kad ATM je aku tengok. *sakai

bila dah balik rumah, tiba-2 tergerak hati aku nak tengok kad tu. OhMyGod! Nama aku salah eja!!!!!! TIDAKKK! Nama yang tertera atas kad tu, bukan nama aku! walaupun bunyinye lebih kurang, tapi tetap bukan nama aku! ejaannya 'Amira NOR Afiqah binti Agus Salim.'

So, aku nak tanya. Salah aku ke? Rasanya, aku dah tuliskan dengan jelas "NUR" dan bukan "NOR" sebab aku tahu orang selalu salah eja part tu.

haishh.... tensionnye....

Sunday 22 January 2012

aku memang suka dengar korang gaduh....

Assalamualaikum

Above all, tajuk kat kat nie takda kena-mengena dengan aku nie batu api or whatever. tajuk kat atas nie adalah perli yang aku tujukan kat 2orang budak kelas aku yang suka bergaduh tiap-2 hari. walaupun diorang tak gaduh like maki hamun or something, it still menyakitkan telinga kitorang. Aku pun tahu yang diaorang nie setakat gaduh-gaduh manja je.

Aku still ingat lagi time diagnostic test haritu. Aku kena duduk diantara minah n mamat yang suka gaduh nie. (diaorang bukan couple ye... harap maklum.) Jadi, aku lah yang menjadi mangsa kat tengah-2 nie. Minah nie bestfriend aku. Yang mamat nie pulak budak yang suka kenakan aku. Adalah sekali nie, kawan aku saje nak kenakan mamat nie. Dia pun buat suara cam budak kecik n cakap 'hai burn!' kat mamat nie.

yang mamat nie pulak bukannya reti nak layan. Lagi dia buat tak tahu, adalah! Last-2, kawan aku geram sebab Si Burn nie layan dia acuh tak acuh je. Jadi,, dia amik pencilcase Burn n pegang sampai habis waktu sekolah. Kenapa aku jadi mangsa? sebab, bila kawan aku dah amik pencilcase mamat tu, mamat tu pun mintak pen kat aku. Bila dia guna pen aku, aku nak guna pen apa?

Aku selongkar pencilcase aku sendiri dan aku berjaya jumpa sebatang pen yang aku tak suka guna. jadi, dengan sengihan dibibir, aku pun bagi Burn pen yang aku tak suka tu. Dia buat muka bila aku bagi pen tu then aku cakaplah 'siapa suruh kau cari pasal dengan dia? padan muka!'

Jahat kan aku? Kesudahannya, kawan aku 'ter'bawak balik pencilcase Burn.... Sengal kan diorg?

                                                                                                        

TIDAKKK!!! melukis lagi?!

Assalamualaikum.
tengok tajuk je dah rasa pelik kan? *perasan hahaha kenapa dengan melukis? tertanya-tanya tak? okay camnie, ingat lagi tak post aku about ranting pokok yang aku lukis tu? *paruparusebenarnya...
hah! kalau ingat lagi bagus lah. Semalam, aku tanya kawan-2 pasal homework apa yang kena buat sepanjang ketiadaan aku. *macamartispulak


Eve cakap, kena buat nota science chapter1. aku pun, senyum je. Lega! homework tak banyak. Jadi, tengah hari tu, aku bawak balik textbook n buku nota science. Tadi pagi, aku pun bukak buku, rajinlah kononnya nak buat nota.


Aku selak-2 textbook tu sepintas lalu. Astaghfirullah.... Nak menangis aku tengok banyak giler gambar dalam chapter1 tu! haishh sabar je lah. Macam haritu jugak, lukis, padam, lukis, padam, lukis dan padam barulah menjadi... lega betul aku bila dapat siapkan the whole chapter tu. 


Serious lepas nie, aku nak pergi la mana-2 kedai buku dan cari kertas tekap! biar senang kerja aku. hahahahaha 


moral of the story: jangan jadi macam aku. lukis asal siap je... ntah faham ke idokk. XD



Saturday 21 January 2012

I've Changed Something :D

Assalamualaikum.
banyak benda yang aku dah tukar dalam blog nie. okay, maybe korang tak perasan sebab bendalah yang aku tukar tu bukannya BESAR-BESAR. semua kecik-kecik belaka. but anyway, apa yang aku tukar kat blog nie, bukan aku buat sendiri... kalau aku yang buat sendiri, takda maknanye... bukannye aku reti punnn.


okay, here is it. semua perubahan dalam blog nie, atas pertolongan seorang active blogger bernama 'Lyssa Faizureen' . aku rujuk almost everything dari blog dia. 



http://www.lyssasecret.com/


ini link untuk blog dia. Lyssa nie bagus. tak kedekut ilmu.  she shared everything she knows about blogging to everyone. so, siapa yang agak-2 nak cantikkan blog masing-2, sila lah rujuk blog 'Lyssa Faizureen' nie ye.


bye-2. KeepInTouch

Thursday 19 January 2012

balik kampung n ponteng sekolah XD

Assalamualaikum.
3hari tak menulis blog. *3harijepun Asal rasa cam lama je ek? Since hari Selasa petang aku ponteng sekolah n balik kampung! Balik Johor. Act, sekarang nie sempat lagi kalau aku nak pergi sekolah. Well, hari nie sekolah habis pukul 5.30. Nak pergi sekolah, boleh tak? hahahaha sempat pergi mesyuarat rumah sukan. 

Semalam, aku buat homework BM2. Cikgu Mad suruh buat karangan. Whatever jenis karangan. So, aku pun buat cerpen. Mula-2 tu, aku tak ada idea. Jadi, intro nye aku melalut sikit. Bila dah ada intro, mulalah laju je tangan nie menulis. 15minit je, siap! hahahaha Cerpen 2page penuh siap dalam masa 15minit sahaja! best kan?

Aku tiba-2 rasa nak masukkan cerpen tu kat sini. tunggu post seterusnye, aku masukkan cerpen aku.

Monday 16 January 2012

ranting pokok -.-"

Assalamualaikum.


Tajuk memang selalu nak yang pelik-2 je kan? Hahaha. Nak tau tak apa kaitan ranting pokok dengan post nie? Macam nie, semalam lepas dah puas menghadap laptop, aku pun sambung la buat homework. Bukan homework sejarah tau, homework science.


Cikgu suruh kitaorang lukis 'human respiratory system'. TAK BOLEH PHOTOSTAT! Cikgu nie pun macam tau-2 je yang aku nie tangan kayu. -.- Tapi, disebabkan tahun nie aku nak amik PMR, aku buat jugak. *takdakaitan Punya laa susah aku nak lukis paru-2 tu, masyaAllah. Lukis, padam, lukis, padam, lukis, padam akhirnya, aku dapat laa lukis paru-2 tu.


Tapi, bila aku tengok balik, 'apahal macam ranting pokok pulak nie?'. Aku rujuk balik gambar dalam textbook. ish ish ish macam langit dgn bumi! Berbeza gila! Tapi, ada aku kisah?


Then, baru je aku nak tutup buku, baru laa aku perasan yang aku baru buat sebelah. Sebelah lagi belum. okay, mari kita buat lagi sebelah. Sama jugak macam tadi. Lukis, padam, lukis, padam, lukis, padam dan siap! yay lega.... Alamak! Kenapa paru-2 nie besar sebelah? adoyai.....


Apalah tangan  kayu....

Sunday 15 January 2012

-blogging dalam kereta-

 Assalamualaikum 
Taksabar sabar nak tulis blog. Dari semalam fuh! Semangat berkobar-kobar. Sampai tak boleh tido. Hahaha sengal. Believe it or not, Amira tengah menulis blog dalam kereta. Hehehe. Ayah tengah driving kat sebelah. Ayah mintak Amira ikut dia pergi office. Well, ayah tak berapa sihat. Maybe thats why dia mintak Amira ikut dia. Amira guna mak punya iPad then connect wifi kat phone ayah. Senang kan? :D Ohya. Act, Amira plan semalam nak masukkan gmbar mak, ayah n adik-2 tp disebabkan Amira sekarang bukan kat rumah, biar Amira melalut-lalut dulu k? XD 


Semalam, time Amira smpai sekolah, tengah gelap lagi kot. Satu lampu pun tak pasang. Seram do. Time ayah hantar Amira tu, dia tanya, 'takpa ke gelap-2 camnie?' Amira sengih-2 kat ayah pastu jawab, 'takpa. dah biasa.' *banggadatangsekolahawal 
Cikgu Sumirah cakap, Form3 dah start solat hajat tiap-2 Jumaat. Thats why Amira sengaja datang awal. Tapi, bila tengok sekolah tu dah macam rumah hantu gelap semacam, errr seram laa. Masuk dalam kawasan sekolah, perkara pertama Amira buat, tengok kelas. Fuh selamat! Lampu menyala. YAY! Takyah duduk sorang-2. :> 


Masuk je dalam kelas, Amira nampak Ming. ohh. dia rupanya. Ingatkan siapa laa yang datang awal-2 camnie. Amira cakap 'hai' kat Ming then terus duduk kat meja sendiri. Buat apa? Tido. Keluarkan buku sejarah n sambung buat nota. Tiba-2 Ming datang depan Amira n cakap 'rajinnye kau buat nota' *perli ke?
IDK. Amira jus senyum je. taknak jawab apa-2. lagipun, Amira tengah dalam usaha jadi macam Intan (professor sejarah dalam kelas Amira). Amira taktau macam mana dia belajar. Sejarah dia sentiasa A+. Time exam akhir tahun lepas, sejarah dia dlm 97. Giler wehh. Terror kot! 


okay. Amira rasa, Amira dah buat karangan nie. So, I'd better stop now. 
bye-2 KeepInTouch

Wednesday 11 January 2012

about me :)

Assalamualaikum.


My name is Amira Nur Afiqah. I was born on 11June1997. Thats mean, I'll be sitting PMR this year.


I'm still green in this blogging stuff. In fact, I've never wanted to create a blog. Before this, my diary is my world. But now, I'd like to try the modern way. Why? Cos, I'm sick of buying a diary every single year.


Feel free to add me on facebook. Just search for 'amiranurafiqah@yahoo.com'


yoroshiku onegaishimasu :)

My Members