StoryAmira  :)

Created By Me :) ~AmiraNurAfiqah~

Sunday 29 July 2012

Hukum Texting dgn Lelaki bukan Mahram


dah seminggu kita berpuasa kan? ada sesiapa yg dah tinggal puasa? Alhamdulillah setakat nie aku takda tinggal puasa lagi. harap2 tahun nie dapatlah puasa penuh :)

tadi, aku ada baca blog si comel nie, dia ada post tentang 'Hukum Texting Dgn Lelaki bukan Mahram'. so, tajuknya agak menarik. inilah penerangan mengenai hukumnya :)

Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu adalah perkara penting seperti jual beli dan seumpanya, maka hukumnya adalah harus. Tapi, wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.

And, sekiranya mesej seperti "tengah buat ape?" "suka warna ape?" atau "dah makan ke belum?" maka hukumnya adalah haram dalam Islam.

okay so semua dah tahu lah kan? hmmm, sebenarnya aku pun baru tahu pasal nie. taktahu pulak yg benda nie takboleh. sama sama lah kita berubah ke arah kebaikan :)

sekian, assalamualaikum

Friday 27 July 2012

Pre-Trial PMR


hai, puasa tak hari nie? mestilah puasa kan? aku tak pergi sekolah hari ni. bagi alasan kat mak, tension dah seminggu exam. jadi nak relax, tenangkan fikiran utk Trial PMR next week. hewhew

 hahaha okay back to main topic. nampak tajuk kat atas tu. yes.. Pre-Trial PMR ! pelajar form 3 SMK Putrajaya Presint 8 (1) menduduki exam dari hari isnin hingga khamis (semalam). 

so, apa je yg jadi? hmmmm, exam tu pelik sikit sebenarnya. cikgu bahagikan 206 orang pelajar form 3 kpd 3 kumpulan : Cemerlang, Harapan dan Cahaya. group Cemerlang utk sesiapa yg dpt ranking top100 bagi setiap subjek. Harapan pulak utk rangking 101-180. dan akhir sekali Cahaya utk rangking 181-206. tapi utk subjek KHB takpayah ikut ranking. cikgu cuma bahagikan depends on elektif yg kita amik.

untuk subjek BM, BI, Math, Science, Sejarah dan Pend. Islam, aku dpt group Cemerlang. Alhamdulillah, syukur. tapi untuk Geografi, aku terpaksa turun group Harapan sebab ramai yg dpt A. yelah, diaorang kan dpt soalan bocor. :( sedih tapi takpalah. at least usaha sendiri kan ;)

okay, setiap group dpt soalan lain2 dan kitorang tak buat exam kat tempat yg sama. group Cemerlang buat kat auditorium, Harapan kat Bilik Harmoni dan Cahaya kat bilik Mesyuarat. exam memang berjalan lancar. Alhamdulillah, semua boleh buat. exam kitorang nie tak macam exam biasa. kitorang digalakkan buat sendiri tapi kalau nak bincang pun boleh. dahlah duduk rapat2 haha

so, kesimpulannya, inilah result aku setakat nie :

  • Bahasa Melayu : 31/40
  • Mathematics : 35/40
  • Science : 19/40
  • KHB : 43/60 = 72%
  • Geografi : 38/40 = 63%
  • Sejarah : 48/60 = 80%
Alhamdulillah, ada peningkatan kecuali Science. BM meningkat 6 markah. Mathematics : 4 markah. Science jatuh merudum! -.- KHB daripada 58% meningkat jadi 72%. Geografi pun meningkat daripada 53% jadi 63%. Sejarah melebih-lebih happy sebab first time dapat A walaupun atas pagar je. 

okay tu je untuk pagi nie. byeee, assalamualaikum :)

Saturday 21 July 2012

Selamat Berpuasa :)


Kpd semua umat Islam di seluruh dunia, selamat menjalankan ibadah puasa :)
wah, hari nie hari pertama kan? terasa seronok pulak puasa tahun nie. tak tahu kenapa :DDDD hahaha semalam pergi tarawih dengan Anis, ayah n Ameer kat Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin a.k.a Masjid Besi. penat kot, dari pukul 8pm till 10pm. hanya mampu buat 8 rakaat sahaja. 

nie bangun awal pagi nie pun sebab ada extra class. kalau tak, jangan harap lah nak bangun awal2 camnie. biasanya lepas subuh mesti tidur balik. tadi lepas sahur, baring atas katil study geo. baru baca 2 mukasurat dah tersengguk-sengguk gituuu~ hahaha ngantuk gila. tapi #Alhamdulillah apa yang aku baca semua masuk dalam kepala. 

sebenarnya aku malas oh nak pergi class pagi nie TAPI adalah someone yang bernama Intan Aqilah tu paksa aku pergi jugak. demi intan permataku seorang, aku pergi jugak hahahaha. lagipun, nanti tak happening lah 3KBJ tu kalau takda geng kitorang :P hahaha perasan jap. 

baiklah. nak gerak dah nie. i have Sinar Sabtu to attend. bye, selamat berpuasa :)

Friday 13 July 2012

PMR Trial




my last post was on 2nd of June 2012. hahaha lamanyaa tak update blog! so busy. biasalah, budak nak PMR kan. macam2 hal kena buat. dengan kerja kursus lah, homework lah, exam lah. #NasibPelajarPMR *sigh* penat sebenarnya dengan semua benda nie......

Trial will be on 2nd of August. dah dekat dah tu, tapi tengoklah. boleh lagi menghadap twitter. cuma blog je yang tak sentuh. hehehe. kawan2 aku semua dah insaf kot. semua dah start revising tajuk form1, form2. aku je yang tak insaf2 lagi nie. haihh, nie lah masalahnya bila hidup di zaman teknologi.

sebenarnya, aku tak pergi sekolah sejak hari Rabu sebab haritu taksihat. dehydrated. makan, muntah, makan, muntah. hari Selasa muntah dan hampir pengsan kat sekolah. nasib baik ada kawan2 yang sangat caring dan penyayang tu. :DDD sayang mereka :* 

semalam, otp dengan Intan lebih kurang 40minutes. Intan cakap hari Isnin cikgu nak buat Pra-Percubaan Geografi untuk 3KBJ sahaja. i was like 0.o dahlah Geografi aku teruk gilaaa, dapat tahu last minute pulak tu. haihh cikgu nie. so kesudahannya, walaupun tak sihat, mak suruh study Geografi hari nie. saya akur sahaja :( hahaha jk jk.

sebenarnya tengah cari jalan macam mana nak ringkaskan bab2 dalam subjek Pendidikan Islam tu. 90+ bab tuuu! macam mana nak hafal benda banyak2 tu? so,  baru je kejap tadi, aku type type type type type kat microsoft words bab2 yang sudah diringkaskan. sebenarnya bab aqidah form 2 je but at least berkurangan sikit jumlah subtopic kan? #Alhamdulillah

banyak sebenarnya bab yang tak cover lagi. yang paling teruk sekali ofcourse lah SEJARAH dan GEOGRAFI!!! ehh, jenuh hidupku macam nie! okay sebenarnya post nie dah takda kena mengena dengan tajuk kan? HAHAHAHAHAHA kbaii. :P

okay lah. cukuplah setakat nie je. assalamualaikum :)



My Members