StoryAmira  :)

Created By Me :) ~AmiraNurAfiqah~

Friday 3 August 2012

Jodoh :')


copy and paste dari Wan Hazel :3


Assalamualaikum...


Islam itu begitu indah bila kita sedar akan pengaturan kehidupan.. Dari yang sekecil kecil zarah hinggalah sebesar isu dunia.. Bila mana kita asyik berbicara soal Jodoh.. Kita mula melihat mencari dan meneliti sekeliling. Bila ditanya pula.. "siapakah isteri/suami pilihan kamu?" Rata rata akan menjawab.. "seseorang yang mampu memimpin ku syurga" .. Padahal kita semua tahu Jodoh kita sudah ditetapkan oleh ALLAH sejak dari dalam kandungan lagi.. Percayalah ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba NYA .. Jika mana hari ini kita jahat..Kita gagal menjalankan perintah Nya .. Adakah kita tidak layak untuk memilih isteri/suami yang solehah/soleh?.. 




Insya ALLAH dan mungkin jodoh kita untuk yang soleh/solehah .. Seseorang yang boleh memimpin kita kearah kebaikan.. Kerana hidayah itu ada pada diri kita.. Kekadang kita dikejutkan dengan isu cerai atau isu isteri bertindak zalim terhadap suami dan begitulah sebaliknya..Padahal isteri/suami itu dikalangan yang baik baik.. Adakah ALLAH telah menetapkan semua yang sedemikian.. Kerna itu jualah ALLAH menghalalkan cerai . Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.. Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu. Maka yangbaik itu adalah untuk yang baik..Percayalah manusia itu boleh berubah.

"... Ketika kamu MENCINTAI orang yang mampu MENGUBAH KAMU UNTUK KEBAIKAN, cintailah dia. Ketika dia MENOLAK CINTAMU, lepaskanlah dia, akan tetapi KEKALKANLAH KEBAIKAN, agar ALLAH mempertemukan orang yang LEBIH BAIK BUATMU ..."




Jadi,Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik. Yang kelihatan jahat tak semesti nya ke Neraka dan yang kelihatan alim tak semestinya ke Syurga..


Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!




Jodoh itu rahsia ALLAH..Semoga jodoh kita dikalangan yang baik baik..Amiiiinn.

No comments:

Post a Comment

My Members