StoryAmira  :)

Created By Me :) ~AmiraNurAfiqah~

Sunday 27 May 2012

my Holiday


gilaa mendap je holiday. baru je ingat nak cuti rehatkan fikiran lepas 2minggu exam. then time hari Khamis pn. Aidzawati bagi paper Geo. omg! markah aku 53% kot! i got D for Geography. pleaseee. gila terkejut je aku. but actually memang soalan tu susah kot. aku buat soalan past year pun tak susah macam tu. jahatnyaa orang KL bagi soalan susah. tahulah "key el" pandai kannn.

then cikgu cakap untuk siapa yang dah hampir dengan A, B, C tu kalau nak tambah markah kena buat mindmap tajuk dari form1 until form3. cikgu bagi masa 2minggu cuti nie... i was like O.o seriously? tapi sebab nak C punya pasal terpaksa lah buat. baru buat 2tajuk form1. sedih...

cerita lain. hmmm kitaorang ada plan nak outing time cuti. lagipun 6June kan birthday Intan. 11June pulak aku. tiba tiba teringat yang Izzati peri umrah. bila tanya dia balik bila, dia kata 9June. k takpayah. cancel. kalau pergi berenam takda Izzati takbest pulak. so takpayah pergi langsung habis cerita.

cerita ke-3, cuti yang sepatutnya 2minggu menjadi seminggu sebab esok sampai Khamis ada extra classes. -.- takaman lah cuti macam niee. tapi takpaa. i boleh jumpa dia :P

setakat nie result baru dapat 3subjek. 
  • Mathematics : 80%   :)
  • Science : 74%   :l
  • Geografi : 53%    :<
tu jelah kot cerita yang ada. kbaiii

Saturday 19 May 2012

Trip to Banting


holla! hari nie kami 7sekawan pergi Banting untuk interview orang buat kerepek sebagai bahan untuk Kerja Kursus Sejarah. banyak gambar actually tapi nie from my camera je. from Izzati punya camera tak amik lagi. First, masa bertolak lebih kurang pukul 8.50pagi tu, kitaorang naik bus "LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA". alasan Intan :
jangan-jangan dalam tu ada soalan PMR kita. boleh kita tengok soalan bocor.
k, sumpah takboleh blaa alasan dia. time nak naik bus tu, aku and Izzati jalan cam biasa je. Intan n lain lain dah berlari sebab nak chop tempat. Bila dah masuk, sumpah aku macam orang sakai sebab kat bahagian belakang bus tu ada SOFA! kami and budak 3KAA conquer tempat tu. biar orang lain duduk kat kerusi biasa. hahaha

part of 3KAA's student

my 6 lovely bestfriendsss

Ayu and Amalia buat muka

Kerepek House

kami bergambar kat depan kedai kerepek :)

see? banyak kan?

kek and bahulu. nomm nomm sedapnyaa

comel tak mereka? sukanyaa

jam and tudung tu sama warna la yu!!

Maryam and Amalia

melepak haha

kami without Izzati.

7Besties.
*thanks Faiz tolong amik gambar

with Puan Norzima. weloveyouTeacher!
*abaikan plastik bersepah tu :P


with my neighbour aka bestguyfriend Faiz

menggila kat kedai kerepek

Ayu comel. Intan haha

Amalia! mana mataaa?!

sambil amik gambar, gaya kaki mereka lol

Intan, Sakinah and Ayu

wahh comel

hah! tu je gambar dari camera aku. nanti aku masukkan dari camera Izzati pulak. Masa sebelum balik tu, kitaorang pergi lunch kat medan selera Banting. makan nasi ayam then Sakinah sorang je yang habiskan. kitaorang punya ayam semua bagi dia. 

sebelum turun tu, kitaorang amik beg yang kat para atas tempat duduk tu. Maryam amikkan beg aku tapi dia tak perasan yg zip terbuka. jadi bila dia tarik beg tu, botol terkeluar terus kena kepala Intan. then, dia dok sorry-sorry kat aku. aku dah macam "kena Intan tau!". pastu dia pun cam pandang Intan like "ohh yeke?" pastu sorry-sorry kat Intan pulak

time dah nak sampai sekolah tu pulak kitaorang berdiri, tiba-tiba bus tu cam bergoyang. aku dah tak balance terus jatuh terduduk balik atas kerusi (Y). then nie dialog mereka.
Intan : wehh, aku tak nampak tau *gelak*
Ayu : sebagai kawan yang baik, saya akan berpura-pura telah melupakannya
jahat kan diaorang hahaha. then masa dah sampai, semua berdiri. sekali abang driver tu brek aku dah pegang baju Intan, takut jatuh lagi haha. masa sampai tu, kami terus pergi surau depan sekolah untuk solat Zohor. masa bukak kasut, aku dengar bunyi cam orang merempit tau. aku pusing laa. aku nampak Azim bawak motor tu then tengok belakang dia ada Taufik, terus senyum senyum semua... hahaha

 hari nie sangaaaaaaatttt best!!!! kbaii
 

Wednesday 16 May 2012

2 Weeks of Depressed


Dah 3hari tak update blog :( 
Hari Isnin (14 May 2012) dah start exam. paper Jepun pulak tu --" k tak kisah. semalam amik paper BM2 then hari nie paper BI. fuhh! stress gilaa kot belajar 2minggu nie.. memang taklaa nak pegang lappy nie kan? Esok exam Math. omak oi! yang paling stress selain dari Sejarah.

Pn. Norzima dah cakap,
Siapa dapat B, saya pulas perut dia 720 darjah. 
k like seriously? takkan B pun takboleh. aku nie dahlaa memang sejarah bengap sikit. sumpah cikgu buat lawak. cikgu KHB pun cakap takboleh dapat B. omg! ahhh!

aku memang tengah serabut kepala fikir pasal Izzati + Donovan + Maryam. tambah dengan stress exam lagi. memang sumpah aku study tak focus do. dah 2hari aku tak study. memang CONFIRM subject tu tak score. sedih :(

pasal problem Izzati and Maryam, aku taknak cerita. tu rahsia kami bertujuh. Biar aku cerita pasal Donovan sebab ada kena mengena dengan aku. Semalam, aku berazam : 
  • TAKNAK tegur Donovan
  • TAKNAK pandang Donovan
  • TAKNAK amik kisah pasal Donovan
  • TAKNAK fikir pasal Donovan
sumpah dah buat keputusan muktamad kot. siap mintak Izzati tolong doakan bagai haha. hari nie memang menjadi. jangan cakap tegur, pandang pun TIDAK. ada satu time nie, aku tanya Rijina pasal math. kebetulan time tu Donovan tengah mengajar Rijina. aku just tanya Rijina dan buat macam Donovan takwujud je kat situ.

ye aku tahu aku jahat. aku kejam sebab buat dia macam tu. mungkin aku perasan kot tapi serious aku cakap yang aku terasa macam dia pandang aku time aku sembang dengan Rijina. then time aku blah pergi tempat Intan pun dia ada pandang.........kot.

kenapa aku buat macam tu? hehehe Intan and Ayu pun ada tanya tapi aku cuma jawab dengan senyuman :) nampak tu? i have my own reason. takperlu tahu. biarlah cuma antara aku dan ALLAH swt je yang tahu. orang lain tak perlu aaa nak tahu :DDD 

kbaii nak study.

*mungkin tak update sampai minggu depan. harap maklum. saya nak exam :) 

Saturday 12 May 2012

Buatku Disana_Mafa ft Ronnie


Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah 

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa 

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

Ohh.. huu

Friday 11 May 2012

12 Barisan Di Padang Mahsyar



Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surahan-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuatbaik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

*credits to : Kak Maya

semoga kita ditempatkan di barisan ke-12 :) Amin Ya Rabbal Alamin 

Wednesday 9 May 2012

BAYI DIDERA OLEH IBU KANDUNG


nie ada satu video nak share. jadikan pengajaran. jangan buat macam nie kat anak korang tau.

BAYI DIDERA OLEH IBU KANDUNG

Tuesday 8 May 2012

Hujahan Balas


First of all, nie sambungan dari post jauh hati nie. Ini hujahan balas kepada ORANG YANG DISINDIR. hehehe. actually kitaorang dah cool but still aku nak balas balik apa yang dia tulis kat blog dia. So, untuk post nie, aku guna kat ganti nama "saya". sebab dengan dia aku guna "saya-awak". :DDD




Dear awak, 
tajuk post awak sendiri dah menunjukkan yang awak mempunyai perasaan. awak fikir saya nie "vangang" sangat ke? -,-" grr... 

Kenapa saya cerita kat blog? nak tahu ke? -,-" saya terpaksa cakap jugak. nanti tak pasal pasal kena kaki hahaha. saya cerita kat blog sebab awak suka begerkan saya walaupun saya duduk sebelah awak. dan satu lagi sebab, saya taknak budak-budak kelas tahu kita bergaduh. nanti jadi cam saya dengan Intan. kitaorang gaduh pasal benda lain pastu ada "orang" tu cakap kami gaduh sebab berebut crush. 

kedua, saya taknak berterus terang sebab saya tahu awak takkan mengaku salah dengan saya atau sesiapa je. ingat lagi misi pendamaian tu? ingat tak betapa susahnya awak nak sebut "aku mintak maaf"? time awak mintak maaf kat saya pun, awak tulis atas kertas kan? saya tak kisah pun act. lagi, sebab memang itu tujuan saya. saya sengaja buat post macam tu dengan clue yang tertentu untuk uji samada awak tahu tak yang saya sebenarnya tengah menyindir awak.

Next, bila masanya saya kutuk awak kat blog? saya rasa saya cuma cakap about hipokrit and muka innocent. awak fikir saya kutuk ke? kfineee. kalau awak rasa itu satu kutukan atau penghinaan, SAYA MINTAK MAAF. okay, tak berapa nak jujur? yeke? bukan tak jujur langsung ke? awak tahu saya macam mana kan? once someone dah bagi saya walau sedikit pun clue, saya akan siasat sampai lubang cacing. saya ulang k, SAMPAI LUBANG CACING. siapa suruh bagitahu saya, then tipu saya pulak tu. siapa tak marah sayang oii?

Now pasal panggilan 'ROBOT' yang kitaorang bagi kat awak tu. nak tahu tak, kitaorang panggil awak robot sebab memang awak jalan macam robot. bukan bermakna awak takda perasaan. saya tak bodoh, awak. saya tahu awak banyak kali sakit hati dengan saya. tapi saya selalu buat muka selamba dekk je kan? nak tahu sebab apa? sebab saya TAKNAK GADUH DENGAN AWAK! saya TAKSUKA GADUH DENGAN AWAK. dah, settle part tu.

Awak cakap awak tak pernah anggap kawan awak bodoh. memang laa. siapa kata yang awak anggap saya bodoh? saya tak cakap pun. itu pengakuan diri sendiri k. saya sendiri yang mengaku saya bodoh SEBAB SAYA MEMANG BODOH, hahahaha

pasal 2orang kawan baik awak tu, cakap takpernah bezakan. then kenapa diaorang tahu problem awak, kitaorang tak tahu? kata tak bezakan.... itulah maksud saya yang saya tak setanding diaorang berdua. kenapa diaorang boleh tahu semua tentang awak padahal diaorang lelaki.

dan akhir sekali, SAYA MAAFKAN AWAK dan TOLONG MAAFKAN SAYA JUGAK *winkwink* 




note for you : awak takkan boleh tipu saya sebab walau macam mana pun awak sorok dari saya, saya tetap akan tahu. kata hati saya sentiasa tepat. terutamanya kalau melibatkan orang orang yang rapat dengan saya. kbaii

Saturday 5 May 2012

Kawan


Cakap pasal kawan. Apa maksud 'KAWAN' pada korang? Pada aku, kawan tu seseorang yang selalu dengan kita, berada disamping kita pada waktu senang dan susah. Tempat kita berkongsi rahsia dan masalah. Tempat kita meluahkan perasaan apabila gembira atau bahagia.

itu definisi KAWAN pada pendapat aku. tapi, Maksud kawan yang sebenarnya ialah :

  •  seorang sahabat yang rapat dengan kita , yang tahu kebaikan dan keburukan kita . Yang selalu ada di samping kita . Yang selalu ada untuk bantu kita tak kira masa . 
  • Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
*diambil dari : Syafik Coklat

nampak point yang ke-2 tu? Okay seriously, aku pun pernah mengumpat kawan-kawan baik aku BUT AT LEAST lepas tu aku akan kutuk diaorang depan depan. Kawan-kawan aku pun selalu kutuk aku depan-depan. memang sakit hati tapi at least kita tahu dan boleh cuba perbaiki diri sendiri daripada diaorang kutuk belakang dan terus biar perangai buruk berlanjutan. Thats better daripada orang yang kita kutuk kutuk tapi taknak terima. dia fikir dia sorang je yang betul orang lain semua salah.

Terus-terang aku cakap, post nie memang DITUJUKAN KEPADA SALAH SEORANG DARIPADA 6ORANG KAWAN AKU. Tujuan aku buat post nie memang untuk kenakan dia. tapi, aku takkan mention nama dia. cukupla kalau dia baca dan dia tahu. tapi, dia memang jarang bukak blog aku. so, nasib laa kalau aku sekadar kenakan angin.

aku pernah terfikir pasal seseorang nie yang memang aku selalu cerita semuanya kat dia. Problem aku, crush aku, family aku dan kalau aku tak puas hati dengan 5orang yang lain tu pun aku cerita kat dia. memang dia sorang je tempat aku membebel. 

Dulu, aku memang baik dengan dia walaupun ada certain someone tu try nak regangkan kami. tapi, sekarang that certain someone tu dah tak kacau, dia pulak yang berubah. entahlaa. aku pun pelik dengan dia nie. Kalau dulu, aku nie tempat dia mengadu, sekarang dah tak. Dia cari orang lain. bila "orang lain" tu takda, barulaa dia nak cari aku.

agak-agak apa yang aku rasa? ofc laa SAKIT HATI. tapi aku diam je. malas nak cari pasal. Haritu dia cakap kat aku yang dia minat kat sesorang nie. time tu serious aku  rasa malas nak dengar sebab confirm dia takkan bagitahu aku siapa orang tu. tapi aku dengar je dia bercerita, bila aku tanya siapa, dia taknak bagitahu. see what i mean?

aku taktahu apa motif dia bercerita dekat aku. sengaja nak menyakitkan hati aku. camtu? Dah tahu nak rahsiakan dari aku, then JANGAN CERITA KAT AKU! jangan nak menambahkan sakit hati aku nie. okay semalam aku try teka siapa crush dia, dia mengiakan je. then hari nie baru aku tahu yang dia rupanya kelentong aku.





ohh itu ke cara awak? kfineee. kalau awak rasa dengan cara HIPOKRIT awak tu, saya akan terpedaya, SILAKAN! Tapi, saya tak bodoh macam yang awak sangka. Mungkin kalau dari segi akademik memang awak yang lebih pandai dari saya. okay tu saya mengaku. Tapi, jangan fikir saya kurang pandai bermakna saya takda akal ye. saya masih boleh berfikir.

  • SAYA MENGAKU SAYA BODOH sebab percayakan lakonan awak.
  • SAYA MENGAKU SAYA BODOH sebab mengaku awak sebagai kawan baik saya walhal awak tak pernah anggap saya macamtu.
  • SAYA MENGAKU SAYA BODOH sebab takmampu nak setanding dengan 2orang KAWAN BAIK awak tu.
  • SAYA MENGAKU SAYA BODOH sebab sayangkan awak. saya fikir saya boleh anggap awak sebagai kakak saya memandangkan awak lahir dulu sebelum saya.
  • dan akhir sekali,  SAYA MENGAKU SAYA BODOH sebab terlampau percaya dengan muka innocent awak tu!



atas nie dikira sebagai PENGAKUAN 'SAYA BODOH' dari aku untuk dia. kalau dia baca, tapi tak faham jugak hmm taktahu laa. walaupun aku tahu yang kalau dia baca, confirm leps nie kat sekolah memang tak bertegur laa jadinya kan? tapi entah kenapa, aku malas nak fikir pasal tu. sebab dia selalu fikir pasal sakit hati dia, pasal masalah dia dan tak pernah nak fikir pasal aku. 

Sekarang, aku rasa menyesal sangat sangat sangat sebab abaikan kawan aku yang sorang lagi. yang cuma tua beberapa hari dari aku. dia selalu cerita kebanyakan benda pada aku. pasal crush dia pun, biasanya aku orang pertama yang tahu. 

dia cerita everything kat aku tapi aku just jadi pendengar dan pem"bahan" dia. aku jarang cerita problem kat dia. banyak cerita kat kawan atas nie. aku menyesal sangat. 

"Wehh, kalau kau baca nie, aku mintak maaf sangat sangat sebab selalu abaikan kau. Aku tahu dalam ramai ramai kawan aku, kau yang paling sabar dengan aku. Kau yang paling banyak tolong aku. Kau yang selalu ada masa aku susah. Aku mintak maaf KAWAN."

*sorry sebab cerita panjang-panjang. aku tengah sedih sangat sangat nie. penat aku menangis dari pagi. akhirnya blog jugak yang aku cari. 


Dialog Dua Hantu


Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

“Apsal kau ni asyik menggigil je?”
“Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais…sejuk!!” Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
“Ooo..kesian… aku dulu mati sebab heart attack.” Kata Hantu A ramah.
“Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang.” Balas Hantu B.
“Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya…” jawab Hantu A sayu.
“Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih..”
“Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang.”
“So, ko dapatla tangkap diorang?” tanya Hantu B penuh minat.
“Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak…” kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
“Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

Friday 4 May 2012

Experiment "Pecahkan Test Tube"


tadi pagi, after assembly kitaorang pergi makmal science for experiment. Experiment untuk uji
  • Calcium carbonate + water (solubillity)
  • Calcium carbonate + hydrocloric acid dengan lime water (presence of carbon dioxide)
  • Calcium carbonate (yang dipanaskan) dengan lime water (presence of carbon dioxide)
before we started the experiment, ofc we need to get the apparatus ready right? time tu, Naufal dah pecahkan satu test tube sebab cuai. boleh pulak dia gelak gelak sambil buat muka tak bersalah. kitaorang dah tension tengok dia.

time experiment berjalan, nothing happened. sehinggalaa . . . . . experiment ke-3. the one which we needed to heat up the calcium carbonate. like this tapi kitaorang ada like tube untuk salurkan gas dari calcium carbonate ke lime water.



 time tu, kitaorang group pertama yang panaskan bendalah tu. nyalakan bunsen burner cam biasa. time aku pegang penyepit tu, Sakinah suruh Eve perlahankan api from the Bunsen Burner. Eve pun pusing the round thingy. api makin kuat. rupanya dia salah pusing.

dia pusing bendalah tu arah berlawanan then . . . . poof! bunsen burner tu keluar api besar! terus kitaorang jerit like 'AAAAHHHHH!'. then Jon datang terus tiup api tu. api terpadam. fuhh! selamat... bila api dah terpadam budak budak lelaki tepuk tangan. sengal kan?

lepas experiment kitaorang berjaya, tengok group lain, kitaorang tengok test tube diaorang pecah lepas diaorang keluarkan tube dari lime water. tanya cikgu, kenapa boleh pecah. cikgu cakap :

Bila angkat tube (yang menyambungkan kedua dua test tube) tu sama paras dengan lime water, lime water tu akan tersedut ke dalam tube (mengikut teori air pressure). dan bila dia dah tersedut dalam tube, lime water tu akan bergerak masuk dalam calcium carbonate. disebabkan calcium carbonate dan lime water bercampur, pressure kat dalam tu tinggi. Tambah pulak kami tutup test tube calcium carbonate tu dengan cork. jadi pressure tu memecahkan test tube.

okay? korang dah faham sekarang? Actually group kitaorang pun jadi macam nie jugak. tapi, lime water tu just macam meletus kat dalam test tube TANPA memecahkan test tube. maybe sebab kuantiti yang sedikit. group terakhir yang memecahkan test tube ialah group ASWAT. hahaha lepas tu Putra basuh test tube. time air tengah penuh dalam test tube tu, dia tutup mucung tu guna thumb then goncang goncang. apa jadi? PECAH LAGI! hahaha Arif cakap 'kau memang genius la Put. buat experient sendiri' 

Then Aswat cakap dengan cikgu :

Aswat : jadi cikgu, berapa test tube yang kitaorang dah pecah kan?
Puan Nana : *counting*  ada 5 test tube.
Aswat : jadi cikgu berapa ringgit semuanya?
Puan Nana : *gelak*
Aswat : cikgu kira, pastu bill tu bagi kat Amira. *tunjuk kat aku*
Donovan : haah cikgu. betul bagi kat dia.
Aku : ehh? aku? aku tak pecahkan pun
semua yang berkumpul : *gelak*

experiment hari nie memang TERBAIKKKK! ! ! ! 

Thursday 3 May 2012

video sengal hahaha



Rahsia Personaliti Diri


Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yg terbentuk dlm diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

a) Personaliti Periang
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:

1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

b) Personaliti Pendiam
Bersifat:
1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain

c) Personaliti Perasa
 
Bersifat:
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat

d) Peramal
Sifatnya:
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain

e) Personaliti pemikir
Bersifat:
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

f) Personaliti sensitif
Bersifat:
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan
kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

*credits to : Maya MustWany

My Members