StoryAmira  :)

Created By Me :) ~AmiraNurAfiqah~

Sunday, 29 April 2012

Bawaku Pergi_Zizan ft Kaka


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Saturday, 28 April 2012

Program Menanam Pokok Peringkat Wilayah


semalam, Cikgu Nurul Rabi'ah ada cakap pasal 'Program Menanam Pokok Peringkat Wilayah'. mula mula memang buat muka nak tak nak je laa. TAPI, bila cikgu cakap dapat SIJIL KEBANGSAAN terus kitaorang satu geng angkat tangan cakap nak pergi. 

so, pagi tadi pukul 5.30 mak kejut. mula-mula aku set alarm pukul 6 tapi mak kejut pukul 5.30. mak macam tahu tahu je yang aku bersiap lama. ngee :D pagi tu, pukul 6.15 aku keluar rumah. mak and ayah hantar. at first ayah cakap nak tunggu sampai cerah sikit baru diaorang balik. tapi bila tengok kat busstop ramai orang, diorang pun cakap 'takpa, dah ramai orang.' takjadi tunggu. k

sembang-sembang dengan Intan, tiba tiba Aswat datang dengan muka masam. kitaorang tanya kenapa, dia kata spek dia tercicir. kitaorang bukannya nak tolong, lagi kitaorang kutuk adalah. jahat tak? hahaha pukul 7.30 bas sampai. masuk dalam bas cari tempat. time duduk tu, pehhh sejuk alu! Intan sampai sorok tangan bawah beg sebab sejuk sangat. kesian pulak aku tengok dia.

dalam bas, akak akak tu bagi baju and topi. yay! aku dapat size 'S'. tapi S pun besar kot.... Intan dapat M padahal badan dia kecik je. sampai je kat PICC tu, terus pergi tandas 'kotak' tu untuk tukar baju. kitaorang beratur punya lamaaa! then nampak 'diaorang' pergi belakang tandas tu dan TUKAR BAJU . Aswat dll pun join sekali. 

aku pun time tu dah malas nak tunggu. aku ajak Intan tukar baju kat belakang tu. sebab kami pakai inner :DDD untung orang pakai inner. senang nak tukar baju di luar toilet. sementara aku, Intan and Amalia tukar baju, Rijina jadi tempat kami sangkut beg hahaha

bila nak start tanam tu, aku dah cam eee taknak laa. tapi terpaksa jugak sebab dah datang kan? time aku angkat pokok tu, tiba tiba aku dengar orang cakap 'hoii hoii!'. Aku cam pandang kiri, rupanya daun pokok tu terkena muka dia sebab pokok tu condong sikit. aku terus cabut lari. nasib baik dia tak perasan pokok aku yang kena dia ngeee :DD

then aku dan Intan tanam pokok tu. sumpah lenguh tangan mencangkul tanah tu. tiba tiba Intan cakap ' kita kena sedar asal usul kita'. aku cam hah? rupanya dia cakap pasal asal usul dari tanah then nanti tanam pun dalam tanah. k aku faham.

masa letak baja tu, tiba tiba abang tu datang cakap 'kedekutnyaa baja tu. letak banyak sikit'. then dia tuang baja tu banyak banyak. aku cam 'okayyy takboleh banyak lagi?' pastu siram. dah siap. yay! time ikat batang pokok tu, tengok tengok condong. abang tuang baja tu tolong ngee :D

pemasuan semula tu, kiaorang dapat pasu comel warna hitam. then masukkan anak pokok and pasir. hahaha best... pastu makann. lepas makan, kitaorang amik gambar. ada something happen time kitaorang nak daki cerun tu tapi taknak cite. mengaibkan orang. 

nie gambar nya (Rijina taknak amik gambar. tak sporting laa)



hahaha comel bhaiii



kami :)

sewel semuaaa :)

Intan taiko 
 *topi yang amalia baling
intan tidoooo!


okay tu je cerita hari nie... kbaiii!

Friday, 27 April 2012

kami 3KBJ Enjoy!


ini actually semalam punya cerita tapi aku cerita hari nie. sebab semalam aku cam penat gilaa balik rumah je terus mandi, makan, tidur. homework pun aku tak buat. ngee :DD so sekarang aku nak cerita pasal apa Kami 3KBJ Enjoy!!!

dua hari lepas birthday Eve. tapi sebab time tu hari Rabu jadi kitaorang tangguh celebrate semalam. kami plan baikk punyaa. hahaha. Rijina, aku, Intan, Ayu, Amalia and Sakinah plan sama sama. mula mula plan berjalan lancar.

First, kitaorang bawak dia pergi medan. then Rijina dengan Amalia buat-buat nak pergi Baker's but actually pergi Domino's untuk amik pizza. *Phrmpreet sponsor lol* after that Amalia call tapi aku tak sempat angkat. aku tahu yang call tu isyarat suruh pergi Domino's.

time nie dah start kelam kabut. Kami, (aku, Intan, Eve, Aswat, Ming, Arif, Ikhram, Sakinah, Ayu, Afham) lintas jalan pergi Domino's. Arif berhenti depan tu then tanya aku 'kat dalam ke?'. aku angguk je. aku tengok dari luar, Rijina takda. masuk dalam tanya Phrm mana Rijina. diaorang kata Rijina dah balik sekolah bawak satu pizza. we were like =,=" 

masa kitaorang pergi Domino's tu hujan renyai renyai je. keluar dari Domino's, omak ai! hujan lebat gilaa. time tu memang semua tak fikir apa, terus redah hujan. waktu lintas jalan tu lawak. kitaorang jalan melenggang je lintas sebab fikir takda kereta. tiba tiba Eve jerit 'KERETA!'. aku and Afham pandang kanan.

memang ada kereta tau kat situ, memang time tu aku dengan Afham jerit terus lari pecut. yang Intan boleh pulak berhenti tengah jalan sambil minum air. bila dah sampai kat tepi, kitaorang gelak. Eve time tu dah badmood sebab kena jalan dalam hujan. bila dah masuk kawasan sekolah, aku tengok Eve macam laju semacam. 

terus i asked Ming to slow her down. aku pulak jalan laju laju pergi kelas. bila aku masuk kelas, Amalia and Rijina tengah nak nyalakan lilin. aku nak tutup pintu pastu Ayu hampir tersepit. aku cakap kat dia jangan masuk lagi tapi dia tak puashati. nak masuk jugak. aku bagi dia masuk then aku tahan pintu.

diaorang semua tolak tolak pintu tu. time tu aku dah 'wehh cepatlaa cepatlaa' marah Rijina. bila dah, aku bukak pintu. Ming masuk, then Sakinah, then Eve. terus semua nyanyi 'Happy Birthday'. pastu kitaorang suap suap pizza tu.

seterusnya, plan asal nak main tepung. kitaorang dah excited sebab hujan. cos bila hujan lagi best nak main tepung kan? *winkwink* tak jadi sebab tepung taksempat beli. then kitaorang kan beli air time kat medan. Rijina datang pastu tanya ada ais tak? okay baru faham. ganti tepung dengan ais! yay!

kitaorang kumpul semua ais yang ada. then baling kat Eve. kitaorang semua berlari kat koridor. then Eve lari masuk toilet. lagi best sebab terperangkap. dia lari masuk dalam 'tempat membuang' tu. baling lagi. Eve tutup pintu, baling kat atas. dia bukak pintu Intan baling plastik ais tu kat dia! 
serious aku gelak terBAHAK BAHAK kot. XD

dah habis acara Birthday Eve, kitaorang hias kelas. nampak je En. Fred, semua cepat cepat berkumpul kat belakang kelas, buat buat rajin.  bila time takcukup barang tu, Aswat mintak aku belikan barang kat Pustaka Rawang. dia suruh aku pergi dengan Afham. aku ajak Intan. jadi kitaorang pergi bertiga.

masa pilih pilah kertas warna tu, Afham mengamuk. dia cakap " Eh cepatlah! budak perempuan... pilih barang kelas pilih macam pilih baju". dia cakap camtu kitaorang gelak je..

macam macam kitaorang buat semalam. Aswat pulak sewel. semua orang dipanggilnya 'sayang'. time mak aku call, biasalaa diaorang. mula nak buat bising. yang si Aswat cakap 'Amira sayangg'. aku dah pandang like -.-" hahaha

kbaii. best gilaaa!

Belajar Bahasa SARAWAK :DDD



ini adalah entry yang diambil dari blog akak awesomeee nie. actually aku pun berminat nak belajar bahasa Sarawak.. tengah berusaha caiyokk gilaa. ngee :DD enjoy!


1. Kamek  - Saya
    Kitak - Awak

    Ayat : Kamek  suka ngan kitak ewhh
    Maksud : Saya suka dengan awak laa

2. Sidak nya - Mereka

    Ayat  :   Sidak nya udah pergi tek
    Maksud : Mereka sudah pergi tadi

3. Nya  -  Dia

    Ayat : Badan nya kurus alu
    Maksud : Badan dia kurus sangat.

4. Sia - Itu

    Ayat : Sia nya kitak empun buku.
    Maksud : Itu dia awak punya buka..

5. Sinun - Sana  # Menunjukkan sangat jauh

    Ayat - Nya main bola dekat sinun
    Maksud : Dia main bola dekat sana

6. Sitok - Sini

   Ayat : Mak nyuruh kitak main bola dekat sitok ajak.
   Maksud : Mak suruh awak main bola dekat sini sahaja.

7.  Ngegeh - Gedik

     Ayat : Ngegeh mena ompuan ya ewhh..
     Maksud : Gedik betul perempuan tu..

8. Aok - Ya

   Ayat - Aok, kamek belum tepon nya gik.
   Maksud : Ya, saya belum telefon dia lagi..

9. Sik ada / Sekda - Tidak ada..

    Ayat : Sik , bukan kamek nok ngambik barang ya tek..
    Maksud : Tak , bukan saya yang ambil barang tu tadi..

10.  Iboh - Jangan

       Ayat : Iboh kita ngaco nya..
       Maksud : Jangan awak kacau dia..

11. Kelakar - Bercakap

      Ayat : Kamek mok kelakar ngan kitak kejap sebab kamek bosan..
      Maksud : Saya nak bercakap dengan awak sekejap sebab saya bosan.

12. Cali - Lawak

     Ayat : Cali mena muka kitak ya..
     Maksud : Lawak betul muka awak.


13. Manas - Marah

      Ayat : Aieeee , iboh laa manas kelak cepat tua..
      Maksud : Laaaaa, jangan laa marah nanti cepat tua..

14. Sine - Mana

     Ayat : Sine mok carik alatan sekolah ?
     Maksud : Mana nak cari alatan sekolah ?

15. Kacak - Cantik/ Hensem

     Ayat : 1. Kacak mena pemandangan dekat sitok..
               2. Kacak mena ompuan tadik ya ewhh
     Maksud : 1. Cantik betul pemandangan dekat sini..
                     2. Cantik betul permpuan tadi tu..

16. Dibah - Bawah

     Ayat : Pusak ya ada dekat dibah meja..
     Maksud : Kucing tu ada dekat bawah meja..

17. Nyaman  - Sedap
  
      Ayat : Masakan nok mak kamek masak anang nyaman..
      Maksud : masakan yang mak saya masak memang sedap..

18. Tikam - Baling/ Lontar

      Ayat : Iboh tikam sampah ya dekat luar penjan..
      Maksud : Jangan baling sampah itu dekat luar tingkap.

19. Kenja / Kenjit / Ranggat - Gatal

      Ayat : Iboh mok mengenja dekat sitok..
      Maksud : Jangan nak menggatal dekat sini..

20. Angol - Pening

     Ayat - Angol palak kamek dengan olah kitak
     Maksud - Pening kepala saya dengan perangai awak

21. Nerais - Jerit

       Ayat - Iboh nerais kuatkuat
       Maksud - Jangan jerit kuatkuat

22. Inggar - Geram

       Ayat - Inggar sa nyawa kamek
       Maksud - Geram rasa hati saya

23. Nginang - Pelihara

       Ayat - Kamek nginang pusak
       Maksud - Saya pelihara kucing

24.  segal / Tegal  : Disebabkan. 

       Ayat : Segal nak makey hp mahal snggup nak brabis duit gaji bulan tuk.
       Maksud : Disebabkan nak pakai hp mahal sanggup nak habiskan duit gaji bulan ni.. 

25. Mutit -Kutip

      Ayat  : Bagus belajar rajinrajin mun sik kereja mutit sampah
      Maksud : Bagus belajar rajinrajin kalau tak kerja kutip sampah


26. Pelanpelan - perlahan


      Ayat : Pelanpelan embak keta
      Maksud : Perlahan bawa kereta

27. Nyerin - Bingit

      Ayat :  Nyerin nar bunyi radio di pasang ktk ya.
      Maksud : Bingit betul bunyi radio di pasang awak tu.. 

28. Menjus -Bermasam muka

      Ayat : Kenak muka kitak menjus ?
      Maksud : Kenapa muka awak masam ?


29. Gerek - Pakwe / Makwe


       Ayat : Kamek sayang ngan gerek kamek
       Maksud : Saya sayang dengan pakwe/makwe saya


30.  Ngindin - Tumpang sekaki


       Ayat : Ada duit tapi sik meli makanan kedirik pakeinya.. Ngindin jak kereja nya..
       Maksud : Ada duit tapi tak beli makan sendiri untuk dia.. Kerja tumpang orang saja..

31. Dudi - Kemudian

      Ayat : Hal ya dudi dolok laa
      Maksud : Hal itu kemudian dulu laa

32.  Mengambor - Berselerak / Bersepah


      Ayat : Coba kitak susun barang kitak ya mengambor alu
      Maksud : Cuba awak susun barang awak tu berselerak betul

33. Tertilit-tilit - Mengintai

       Ayat : Apa yang kitak tertilit-tilit anak dara orang ya  sik bagus ewh.
       Maksud : Apa yang awak intai anak dara orang tu tak bagus laa..

34.  Belon - Kapal Terbang


       Ayat : Angol palak kamek lekak nait belon
       Maksud : Pening kepala saya lepas naik kapal terbang


35. Lejuk - Bosan


      Ayat : Lejuk kamek mok nangga cita ya..
      Maksud : Bosan saya nak tengok cerita tu.


36. Jerak - Serik


      Ayat : Jerak udah kamek mok bergerek gik mala kenak bulak jakjak
      Maksud : Serik sudah saya nak berkapel lagi selaku kena tipu je.


37. Itok - Teringat tak hentihenti


       Ayat : Itok kamek dengan bekas gerek kamek
       Maksud : Teringat saya dengan bekas bf/gf saya.

       


Yang ni pulak tak ada contoh ayat :

1. Tedah - Kesian
2. Kepak - Letih
3. Kayokayo - Kehulu kehilir
4. Plente - Bergurau
5. Pozer - Peniru/ Ciplak
6. Gai / Ucak - Poyo
7. Ilek 1 - Rehat
8. Ilek 2 - Sabar
9. Dolok - Dulu
10. Agik - Lagi
11. Nok ya - Yang itu
12. Madah/ Padah - Bagitahu
13. Kinektok - Sekarang
14. Biak - Budak
15. Nembiak kecik - Budak kecil
16. Tukuk - Ketuk
17. Congek - Kuat nangis
18. Jaik - Jahat / Hodoh
19. Sigek - Satu
20. Duak Igek - Dua
21. Tiga igek - Tiga # continue sampai sembilan sahaja
22. Ceridak - pengotor
23.  Ngereco - Bercakap dengan banyak atau bising
24. Tebik / Ponek - Kempunan
25.  Anang mancalmancal - Memang nakalnakal
26.  Jerak - Serik
27. Gago - Sibuk
28. Gula batu - Gulagula
29. Leput - Lemah
30. Layap - Leka
31. Nangga - Tengok
32. Polah- Buat
33. Engkah - Letak
34. Apakah - Macam apa.
35. Aruk - Goreng
36. Ngelepar - Berjalan
37. Lawa - Sombong
38. Perei - Ketawa tak hentihenti 
39. Acap - naik air mcm bnjir.
40. bedengah - Menunjuknunjuk 

41. sepetar - Hospital
42. Selauk - Seliuh
43. Jeraya - Jalan raya
44. Ari marek - Kelmarin
45. Tukuk - Ketuk
46. Paluk - Pukul
47. Manok- Ayam
48. Pusak - Kucing
49. Asuk - Anjing
50. Gadong - wana hijau
51. Tergelei-gelei - Lu pikirlah sendiri
52. Merinsak - hidup yang susah 
53. Tersimbak - Terangkat
54. Terbelak - Terkangkang
55. Paloi - Bodoh
56. Palat - Tikam belakang ( Backstabbers)
57. Empengo - muka blurr
58. Anak raja - Pelangi
59. Pakei - Pakai
60. Pikei - Fikir
61. Burit - Untuk orang semenanjung memang maksud burit ni lain.. Tapi bagi orang Sarawak bermaksud punggung..  Jangan heran kalau orang Sarawak selalu sebut perkataan ni.. Contohnya ' Rambut belahan burit'
62. Dapo api - Tempat memasak
63. Api - Lampu/ Api

Sampai situ je kot.. Sebab tak larat nak letak lagi.. HAHA
Banyak lagi bahasa Melayu Sarawak selain dari kat atas tu..
Aku je malas nak listkan semua.. hehehe..
Dan bahasa Sarawak ni huruf  ' R' ditebalkan.. 


Wednesday, 25 April 2012

menyesal sikit


baru aku teringat yang haritu dia kata dia stalk blog aku. then tadi aku terfikir, kalau dia stalk blog nie, maknanya mesti dia dah baca aku punya entri jiwang gilaaa kann? omg! mana boleh!

like seriously, kalau dia dah baca bendalah tu, confirm dia dapat teka 100% siapa MR HEART-THIEF yang aku cakap tu kann? ohh tidakkk! mapuh aku kalau dia tahu!

hei bengong! dia memang DAH TAHU TAU! sebab apa? sebab dia stalk blog kau!
ishhhh. actually kalau aku delete post tu pun dah takda gunanya tau. sebab dia dah baca dah punn.
ahh1 lantak pi laa dia nak baca pun. biar dia baca! biar dia tahu! biar dia tahu macam mana sakit hati aku nie. 

aku tahu kalau dia baca pun, mesti dia buat muka selamba jee. thats why aku taknak tau. 
bila dia buat muka selenge dia tu, lagi susah aku nak detect samada dia dah tahu ke. belum ke. ahhh!
DAMMIT!


Tuesday, 24 April 2012

Hari Yang Amat Bermakna :)


hai hai semua! #Gila5Saat hahaha 
hari nie hari yang sangat bermakna. nak tahu kenapa? sebab........ setelah beberapa bulan bergaduh, akhirnya berdamai semula. ehh bukan aku tau! Si IzzatiNadhirah dan Donovan. aku happy tengok diaorang tadi. kelakar kot. jom baca kisah macam mana boleh terbuka pintu hati nak berdamai :DD

Alkisahnya bermula apabila pada waktu rehat kami melepak di bilik kaunseling. #DahTakyahSkemaSangat
time tu just ada aku, Izzati and Sakinah je kat dalam bilik tu. tengah sembang-sembang, Izzati bukak cerita. dia cakap "apa kata kita mintak kaunseling pasal saya, awak dengan Burn?". time tu aku tak fikir apa, agree je.

Sakinah join kitaorang kaunseling tapi nampaknya dia lagi berminat nak tengok lukisan kat dinding. well dia pun takda kena mengena dengan masalah Burn. dia jadi tukang dengar je laa. kaunselor cakap untuk selesaikan masalah, satu je cara. BERTERUS-TERANG. 

masa otw balik kelas, Izzati cakap dia nak berdamai dengan Donovan. aku pun cakap okayy. yelaa nak cakap apa lagi kan? lagipun bila diaorang bergaduh, aku akan tersepit kat tengah dan perlu memilih antara Izzati atau Donovan. rumit k. 

jadi kami buat plan macam mana nak suruh Donovan stayback. sepatutnya kitaorang ada extra class tapi dibatalkan. untuk suruh dia stayback, kitaorang cakap yang extra class memang ada. senang je nak kelentong dia sebab dia takda dalam kelas time pagi. best kan kelentong orang? (Y)

so petang tu, Izzati resah gilaa tunggu Donovan. *mengalahkan orang nak kawin. Oppss hahaha time kitaorang nak pergi toilet, aku sempat pesan kat Afham suruh cakap kat Donovan yang kaunselor nak jumpa dia. bila kitaorang balik kelas tengok dia dah ada dalam kelas. Izzati dah macam orang parkinson time tu. menggigil gilaa. 

masa kitaorang masuk, Donovan keluar pergi bilik kaunseling. masa nak masuk bilik kaunseling tu, Izzati jengah kat bilik guru, ternampak Donovan. terus dia lari pergi surau hahaha lawak do. aku masuk bilik kaunseling terus duduk kat sofa, baca novel.

5 saat lepas tu, Donovan masuk. aku pandang dia buat muka selamba. boleh pulak aku tanya mana Izzati. hahaha dia duduk kat kerusi roda. 2-3 minute jugak laa kitaorang duduk senyap dalam tu pastu dia tanya aku kenapa kaunselor nak jumpa dia. aku just cakap taktahu. padahal tu memang plan kitaorang dengan kaunselor nak berdamai. 

aku duduk sorang sorang kat sofa tu sambil buat buat baca buku. actually dalam hati tengah fikir mana Izzati lari. nak gelak pun ada time tu tapi aku tahan je. tiba tiba Izzati text aku tanya aku kat mana then dia cakap dia kat depan bilik guru. 

aku bangun then keluar dari bilik tu. cari cari Izzati. dia menyorok belakang tiang tahu tak? aku tutup pintu terus gelakkan dia. time tu aku ajak dia masuk bilik tu dia taknak. alasan dia taktahu nak cakap apa. serious rasa nak lempang dia kot time tu. 

at last aku cakap kat Donovan yang Izzati nak jumpa dia. Donovan cakap okay then aku keluar balik. aku suruh Izzati masuk dulu then time dia pulas tombol pintu tu, aku tolak dia masuk dalam bilik tu. time tu aku intai kat tingkap aku nampak Donovan senyum senyum tahan gelak. hahaha

then time diaorang start nak bercakap tu best. masing masing duduk jauh sebatu. aku duduk depan Donovan then Izzati duduk kat hujung meja. time bercakap pulak Izzati pandang dinding, Donovan pandang aku. aku dah tutup tutup muka dengan buku then Donovan sound aku. dia cakap : nak gelak tu, gelak je laa.

time nak mintak maaf, Izzati tulis atas buku "AKU MINTAK MAAF -,-" KFINEE~~" 
dia suruh Donovan baca. jadi begini :

Izzati : kau boleh baca warna biru kan?
Donovan : entaahh. tak tahu.
Izzati : *tunjuk buku* nah baca.
Donovan : aku tak reti baca laa. tolong bacakan.
Izzati : aku tak reti mengeja laa. tolong ejakan
Donovan : kalau takreti eja, macam mana kau tulis?
Izzati : err. aku terlupa macam mana nak mengeja.

masa nie sumpah aku tahan gelak kot. dah tutup muka bagai. at last, Donovan baca jugak benda tu. 
then bila Donovan dah mintak maaf, Izzati pulak berat mulut nak mintak maaf. berlanjutan selama lebih kurang 20minutes. 

dan akhirnya, kami keluar jugak dari bilik kaunseling tu. tapi Izzati belum mintak maaf tau. masa nak balik, kitaorang jalan bertiga. time tu Izzati mintak maaf kat Donovan. yang mamat tu saja sakitkan hati buat buat tak dengar.

kesudahannya happy ending laa. diaorang dah baik balik :)
semoga berkekalan ye...
*cehh macam ucap kat pengantin pulakk hahaha

Kehebatan CINTA


antara kehebatan atau magis sebuah perasaan bernama CINTA <3


flying,heart,valentine,love  Cinta mampu mengubah hidup seseorang dengan sekelip mata , antaranya mampu membuatkan seseorang yang kaya menjadi miskin dan yang miskin menjadi kaya .
flying,heart,valentine,love  Hanya dengan cinta , seseorang yang tidak penah senyum , pemarah dan panas baran boleh mengukir senyuman setiap saat .
flying,heart,valentine,love  Cinta boleh menjadikan satu saat itu begitu membahagiakan tetapi cinta juga sebenarnya boleh menjadikan satu saat itu begitu menyakitkan.
flying,heart,valentine,love  Apabila berbicara soal cinta , tiada siapa pun yang mampu untuk menjelaskan bagaimana rasanya sebuah cinta.
flying,heart,valentine,love  Kuatnya cinta adakalanya boleh meruntuhkan gunung yang gah  , bukit yang tinggi dan laut yang luas.
flying,heart,valentine,love  Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangannya . Kekasih terbaik adalah sahabat terhebat .
flying,heart,valentine,love  Saat mencintai seseorang , jangan pernah berharap si dia akan mencintai kamu sama seperti kamu mencintainya . Ini kerana salah seorang daripada kamu pasti akan memberikan lebih dan seorang lagi kurang.
flying,heart,valentine,love  Cinta bukanlah sekadar perasaan sayang-menyayangi semata-mata tetapi apa yang lebih penting , harus juga ada keikhlasan kerana perasaan sayang menyayangi itu boleh datang dan pergi begitu sahaja.
flying,heart,valentine,love  Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan . Ini kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam .
flying,heart,valentine,love  Bila tiba saat kamu mencintai seseorang , kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan  . Bukan nama cinta andai ia hanya membahagiakan .

 
*credit to :LyssaFaizureen

My Members