Cinta mampu mengubah hidup seseorang dengan sekelip mata , antaranya mampu membuatkan seseorang yang kaya menjadi miskin dan yang miskin menjadi kaya .
Hanya dengan cinta , seseorang yang tidak penah senyum , pemarah dan panas baran boleh mengukir senyuman setiap saat .
Cinta boleh menjadikan satu saat itu begitu membahagiakan tetapi cinta juga sebenarnya boleh menjadikan satu saat itu begitu menyakitkan.
Apabila berbicara soal cinta , tiada siapa pun yang mampu untuk menjelaskan bagaimana rasanya sebuah cinta.
Kuatnya cinta adakalanya boleh meruntuhkan gunung yang gah , bukit yang tinggi dan laut yang luas.
Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangannya . Kekasih terbaik adalah sahabat terhebat .
Saat mencintai seseorang , jangan pernah berharap si dia akan mencintai kamu sama seperti kamu mencintainya . Ini kerana salah seorang daripada kamu pasti akan memberikan lebih dan seorang lagi kurang.
Cinta bukanlah sekadar perasaan sayang-menyayangi semata-mata tetapi apa yang lebih penting , harus juga ada keikhlasan kerana perasaan sayang menyayangi itu boleh datang dan pergi begitu sahaja.
Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan . Ini kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam .
Bila tiba saat kamu mencintai seseorang , kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan . Bukan nama cinta andai ia hanya membahagiakan .
*credit to :LyssaFaizureen
No comments:
Post a Comment