StoryAmira  :)

Created By Me :) ~AmiraNurAfiqah~

Saturday, 5 May 2012

Kawan


Cakap pasal kawan. Apa maksud 'KAWAN' pada korang? Pada aku, kawan tu seseorang yang selalu dengan kita, berada disamping kita pada waktu senang dan susah. Tempat kita berkongsi rahsia dan masalah. Tempat kita meluahkan perasaan apabila gembira atau bahagia.

itu definisi KAWAN pada pendapat aku. tapi, Maksud kawan yang sebenarnya ialah :

  •  seorang sahabat yang rapat dengan kita , yang tahu kebaikan dan keburukan kita . Yang selalu ada di samping kita . Yang selalu ada untuk bantu kita tak kira masa . 
  • Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
*diambil dari : Syafik Coklat

nampak point yang ke-2 tu? Okay seriously, aku pun pernah mengumpat kawan-kawan baik aku BUT AT LEAST lepas tu aku akan kutuk diaorang depan depan. Kawan-kawan aku pun selalu kutuk aku depan-depan. memang sakit hati tapi at least kita tahu dan boleh cuba perbaiki diri sendiri daripada diaorang kutuk belakang dan terus biar perangai buruk berlanjutan. Thats better daripada orang yang kita kutuk kutuk tapi taknak terima. dia fikir dia sorang je yang betul orang lain semua salah.

Terus-terang aku cakap, post nie memang DITUJUKAN KEPADA SALAH SEORANG DARIPADA 6ORANG KAWAN AKU. Tujuan aku buat post nie memang untuk kenakan dia. tapi, aku takkan mention nama dia. cukupla kalau dia baca dan dia tahu. tapi, dia memang jarang bukak blog aku. so, nasib laa kalau aku sekadar kenakan angin.

aku pernah terfikir pasal seseorang nie yang memang aku selalu cerita semuanya kat dia. Problem aku, crush aku, family aku dan kalau aku tak puas hati dengan 5orang yang lain tu pun aku cerita kat dia. memang dia sorang je tempat aku membebel. 

Dulu, aku memang baik dengan dia walaupun ada certain someone tu try nak regangkan kami. tapi, sekarang that certain someone tu dah tak kacau, dia pulak yang berubah. entahlaa. aku pun pelik dengan dia nie. Kalau dulu, aku nie tempat dia mengadu, sekarang dah tak. Dia cari orang lain. bila "orang lain" tu takda, barulaa dia nak cari aku.

agak-agak apa yang aku rasa? ofc laa SAKIT HATI. tapi aku diam je. malas nak cari pasal. Haritu dia cakap kat aku yang dia minat kat sesorang nie. time tu serious aku  rasa malas nak dengar sebab confirm dia takkan bagitahu aku siapa orang tu. tapi aku dengar je dia bercerita, bila aku tanya siapa, dia taknak bagitahu. see what i mean?

aku taktahu apa motif dia bercerita dekat aku. sengaja nak menyakitkan hati aku. camtu? Dah tahu nak rahsiakan dari aku, then JANGAN CERITA KAT AKU! jangan nak menambahkan sakit hati aku nie. okay semalam aku try teka siapa crush dia, dia mengiakan je. then hari nie baru aku tahu yang dia rupanya kelentong aku.





ohh itu ke cara awak? kfineee. kalau awak rasa dengan cara HIPOKRIT awak tu, saya akan terpedaya, SILAKAN! Tapi, saya tak bodoh macam yang awak sangka. Mungkin kalau dari segi akademik memang awak yang lebih pandai dari saya. okay tu saya mengaku. Tapi, jangan fikir saya kurang pandai bermakna saya takda akal ye. saya masih boleh berfikir.

  • SAYA MENGAKU SAYA BODOH sebab percayakan lakonan awak.
  • SAYA MENGAKU SAYA BODOH sebab mengaku awak sebagai kawan baik saya walhal awak tak pernah anggap saya macamtu.
  • SAYA MENGAKU SAYA BODOH sebab takmampu nak setanding dengan 2orang KAWAN BAIK awak tu.
  • SAYA MENGAKU SAYA BODOH sebab sayangkan awak. saya fikir saya boleh anggap awak sebagai kakak saya memandangkan awak lahir dulu sebelum saya.
  • dan akhir sekali,  SAYA MENGAKU SAYA BODOH sebab terlampau percaya dengan muka innocent awak tu!



atas nie dikira sebagai PENGAKUAN 'SAYA BODOH' dari aku untuk dia. kalau dia baca, tapi tak faham jugak hmm taktahu laa. walaupun aku tahu yang kalau dia baca, confirm leps nie kat sekolah memang tak bertegur laa jadinya kan? tapi entah kenapa, aku malas nak fikir pasal tu. sebab dia selalu fikir pasal sakit hati dia, pasal masalah dia dan tak pernah nak fikir pasal aku. 

Sekarang, aku rasa menyesal sangat sangat sangat sebab abaikan kawan aku yang sorang lagi. yang cuma tua beberapa hari dari aku. dia selalu cerita kebanyakan benda pada aku. pasal crush dia pun, biasanya aku orang pertama yang tahu. 

dia cerita everything kat aku tapi aku just jadi pendengar dan pem"bahan" dia. aku jarang cerita problem kat dia. banyak cerita kat kawan atas nie. aku menyesal sangat. 

"Wehh, kalau kau baca nie, aku mintak maaf sangat sangat sebab selalu abaikan kau. Aku tahu dalam ramai ramai kawan aku, kau yang paling sabar dengan aku. Kau yang paling banyak tolong aku. Kau yang selalu ada masa aku susah. Aku mintak maaf KAWAN."

*sorry sebab cerita panjang-panjang. aku tengah sedih sangat sangat nie. penat aku menangis dari pagi. akhirnya blog jugak yang aku cari. 


No comments:

Post a Comment

My Members