StoryAmira  :)

Created By Me :) ~AmiraNurAfiqah~

Tuesday 24 January 2012

Kisah Nabi Lut


Hari nie, aku nak cerita sikit pasal Kisah Nabi Lut. Sebut je Nabi Lut, semua org tahu abt kaum dia yang mengamalkan hubungan sejenis. Semalam aku ada pinjam buku kat lib precint16. Novel Islamik. dlm novel tu, ada cerita abt Nabi Lut. Jadi hari nie, aku nak cerita kat korang pulak. 

*siapa yang nak baca, dipersilakan. Siapa yang tak nak, sudah! anda boleh tutup je.



  Nabi Lut diutuskan oleh Allah swt kpd kaum sadum. Nabi Lut bukan penduduk asli kaum sadum. Baginda tinggal bersama kaum sadum untuk melakukan tugas-2 berdakwah. Nabi Lut diperintahkan oleh Allah swt bagi menyeru kaum sadum mengucapkan 'LAA ILAHA ILLALLAH'.


  Kaum sadum mengamalkan homoseksual yang sangat parah dan kritikal. Mereka juga merupakan penyamun dan perosak. Kaum ini sangat jahat. Mereka berani melakukan hubungan homoseksual di khalayak ramai.


  Menurut surah Al-Ankabut ayat 28 : Dan ingatlah peristiwa Nabi Lut tatkala berkata kpd kaumnya. Sesungguhnya kamu benar-2 melakukan perkara yang keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu. Apakah pantas kamu mendatangi lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu?)


  Kaum sadum mendakwa bahawa sekiranya mereka melakukan homoseksual maka mereka akan menjadi suci. Mereka memutarbelitkan hukum sehingga yang baik menjadi buruk dan yang buruk menjadi baik. Mereka mengusir Nabi Lut kerana mereka beranggapan jika baginda masih tinggal di situ, selagi itulah mereka tidak boleh menjadi suci.


   Sebelum Allah swt memusnahkan kota Sadum, Allah swt telah mengutuskan malaikat kpd Nabi Ibrahim dan menyampaikan perkhabaran bahawa kaum Nabi Lut akan dimusnahkan. Perkhabaran itu membimbangkan Nabi Ibrahim kerana malaikat akan memusnahkan kaum Sadum sedangkan anak saudaranya iaitu Nabi Lut masih berada disana. 


   Nabi Ibrahim tetap mahu membela bangsa Sadum dan meminta untuk diberi tempoh agar munhkin satu hari nanti mereka akan bertaubat dan kembali ke jalan Allah swt.


   Malaikat menjawab dalam surah Hud ayat 76 : wahai Ibrahim! Janganlah dihirau hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhan-mu (untuk menghukum mereka) dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak (oleh bantahan dan permohonan doa).


   Nabi Lut merasa amat cemas dengan kedatangan malaikat yang menyamar sebagai 3orang jejaka tampan ke kampungnya kerana bimbang tidak terdaya untuk mengawal mereka drpd gangguan kaumnya.


   Apa yang dirisaukan oleh Nabi Lut berlaku juga. Kaum Sadum datang meluru ke rumah Nabi Lut untuk memikat 3orang jejaka tampan itu.


   Nabi Lut menawarkan puteri-2nya untuk dinikahkan dengan kaum Sadumdan menyeru mereka untuk beriman kpd Allah swt. Kaum Sadum menjawab: "Sesungguhnya engkau telah pun tahu bahawa kami tidak mempunyai nafsu terhadap anak-2 perempuan dan engkau sendiri tahu apa yang kami kehendaki."


   Maka Nabi Lut pun berkata:"kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu, atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-2, tentulah aku akan membinasakan kamu)".


   Surah Hud ayat 81 dan 82 tetamu Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya kami adalah malaikat utusan Tuhanm-mu. Kaum engkau yang jahat itu tidak akan sekali-kali dapat melakukan kpdmu sebarang bencana. Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama keluargamu pada tengah malam dan janganlah seorang pun diantara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana berpihak kpd mereka.) Sesungguhnya azab akan menimpa mereka pada waktu Subuh. Bukankah waktu Subuh itu sudah dekat? Maka apabila datang perintah Kami, Kami jadikan negeri Lut itu tunggang terbalikdan kami menghujaninya dengan batu-2 dan tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu."


Itulah balasan yang mungkin juga bakal menimpa masyarakat homoseksual. Ambillah iktibar dari kisah Nabi Lut. Renung-renungkan dan selamat beramal.... 

No comments:

Post a Comment

My Members