StoryAmira  :)

Created By Me :) ~AmiraNurAfiqah~

Monday, 16 January 2012

ranting pokok -.-"

Assalamualaikum.


Tajuk memang selalu nak yang pelik-2 je kan? Hahaha. Nak tau tak apa kaitan ranting pokok dengan post nie? Macam nie, semalam lepas dah puas menghadap laptop, aku pun sambung la buat homework. Bukan homework sejarah tau, homework science.


Cikgu suruh kitaorang lukis 'human respiratory system'. TAK BOLEH PHOTOSTAT! Cikgu nie pun macam tau-2 je yang aku nie tangan kayu. -.- Tapi, disebabkan tahun nie aku nak amik PMR, aku buat jugak. *takdakaitan Punya laa susah aku nak lukis paru-2 tu, masyaAllah. Lukis, padam, lukis, padam, lukis, padam akhirnya, aku dapat laa lukis paru-2 tu.


Tapi, bila aku tengok balik, 'apahal macam ranting pokok pulak nie?'. Aku rujuk balik gambar dalam textbook. ish ish ish macam langit dgn bumi! Berbeza gila! Tapi, ada aku kisah?


Then, baru je aku nak tutup buku, baru laa aku perasan yang aku baru buat sebelah. Sebelah lagi belum. okay, mari kita buat lagi sebelah. Sama jugak macam tadi. Lukis, padam, lukis, padam, lukis, padam dan siap! yay lega.... Alamak! Kenapa paru-2 nie besar sebelah? adoyai.....


Apalah tangan  kayu....

No comments:

Post a Comment

My Members